Hak
penjagaan anak
Sepasang suami isteri baru
bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka.
Mereka pun pegi ke pejabat agama dan berjumpa kadi untuk meminta nasihat.
Kadi tanye kat isteri tu:
"Kenapa awak rasa awak yang paling layak
bela anak tu?"
Si isteri tu jawab:
"Saya yang mengandungkan anak tu
dan saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya," jawab si isteri
dengan penuh emosi.
Si suami terkedu sebab dia tau lepas ni kadi akan
tanye dia pulak.
Ahhh.... sudah... mende
aku nak goreng kadi ni nanti?
Kadi pun tanye si
suami:
"Hah... Kamu, bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut
bela?"
"Tuan kadi, kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya
'masukkan' dalam vending machine, lepas saya tekan satu butang pilihan, maka
keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan, air tin yang keluar dari mesin
tu hak saya atau hak mesin?"
Jawab kadi, "Hak kamu le."
Si suami
tu pun berkata:
"Hah... sama le kes ni pun."
Job
Interview
Reaching the end of a job
interview, interviewer asked young engineer who was fresh from college,
"
what starting salary you were thinking about?"
the young engineer
said,
" around 100K per year, depending on the benefits
package."
interviewer said,
" well... what would you say to a package
of 4 weeks vacation, 21 days paid annual leave, full medical and dental, company
matching retirement fund to 50% of salary, and a company car leased every 2
years - say a BMW 3 series?"
the young engineer sat up straight and
said,
" wow!!! are you kidding?"
the interviewer replied,
" yeah,
but you started it!! ".
MamaLia
Sepasang suami isteri
bertengkar kerana anak mereka yang bernama Lia,nama yang diberikan oleh si suami
ketika anaknya baru lahir dahulu.
Mama: Kan saya dah cakap dulu,jangan
beri nama anak kita Lia!
Papa:Kenapa? kan nam tu cantik dan sedap
didengar?
Mama:Tapi saya yang kena berkorban perasaan. Jiran tetangga di sini
selalu memanggil saya..mamalia..mamalia!
Kenapa
kakak tak ketawa?
Dalam sebuah pertunjukkan
lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak
ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul
hinggalah selesai persembahan. Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang
wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan
hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati, seorang gadis segera
bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu
selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang
gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu
singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?
"tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu,
apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak
berpuashati.
"Habis, kau ingat elok
sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "
getusnya.
Kubur
Doktor
Pada suatu hari, seorang
doktor pakar jantung meninggaldunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya
sepakat untuk membuatkansebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung.
Upacarapengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian,
seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli
keluarganya sepakat untuk membina sebuah tuguberbentuk mata dikuburnya bagi
mengenang jasa beliau. Upacarapengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorangsaja yang
masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu.Salah seorang doktor
yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu
biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak
tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula,
mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.
"Saya sedang
memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki
itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu
sugul.
***
Posmen pernah baca lawak ini lama dulu. Tapi pengirim email ini nampaknya bersumberkan blog http://arena184.blogspot.com. So, credit goes to arena184.
No comments:
Post a Comment