David Copperfield si tukang sihir itu semua orang tahu. Kalau tak tahu, mesti dia tak tahu macam mana nak buka internet dan browse blog ini justeru kewujudan puak-puak primitif sebegitu boleh kita abaikan.
Musykilnya, posmen tak tahu samada anak-anak murid sekalian sudah bertemu sama David Chesterfield atau tidak. Bukan David Copperfield, ini David Chesterfield. David Arumugam memang sama sekali bukan. Kalau tidak pernah, anggap saja posmen mahu memperkenalkan kalian semua akan David Chesterfield di entry ini. Kalau sudah, anggap ini sebagai refresher.
Posmen mahu sharing-sharing video ini buat anak murid sekalian bergelak ketawa selepas tamat sesi persekolahan waktu pagi atau petang. Jangan terlalu stress dengan exam sampai otak biol ya. Nanti tak pass exam nak jadi posmen pula susah.
Video clip ni nak kata lawak tu, tak juga sebenarnya. Tapi mamat bernama David Chesterfield ini memang sempoi. Walaupun trick langsung tak masuk akal, tetapi gaya dia seronok untuk kita jadikan sempadan. Agar kita tak jadi gila macam dia. Biar gila asal femes.
Sebelum kita tengok video clip David Chesterfield, jom kita tengok dulu klip magic oleh David Copperfield yang posmen rasa trick beliau yang terbaik setakat ini...
Gila bukan magic beliau? Perkgh, David Blaine tu taraf sayur saja kalau nak banding sama David Copperfield. Tetapi ada magician yang sebenarnya jauh lebih handal daripada David Copperfield iaitu David Chesterfield. Jauh lebih handal!
Kalau kalian tak percaya, cuba lihat clip kat bawah:
Jadi, kesimpulannya posmen nak tanya. David Chesterfield ini magic ke bangang? Hahaha.
No comments:
Post a Comment