Main perang saikologi guna perkataan. Ini taktik marketing. Contoh popular harga barang di supermarket:
RM0.99, RM1,999.99
Benda simple, semua tahu bukan? Tapi percayalah taktik saikologi paling simple ini sebenarnya sangat berkesan. Apatah lagi kalau digunakan oleh bapak segala supermarket iaitu kerajaan.
Dah tak ada kedengaran 'harga barang telah dinaikkan, namun tidak membebankan rakyat'
Tidak membebankan itu masih ada, itu penting. Tetapi 'naik' tu tak sesuai, kena twist. Tukar jadi 'turun' tak boleh nampak sangat tipu. Guna 'kurang' iaitu subsidi dikurangkan. Satu lagi 'selaras' atau penyelarasan subsidi. Mangkuk woi sama je tu woi haha, arem betul.
Ini harga baru barang 'subsidi' kita. Susu tepung budak asyik naik remaja-remaja main dalam semak tak tahu dan tak pernah fikir pun, tapi posmen tahu.
Barangan | Harga Lama setiap unit | Harga Baru setiap unit | NAIK NAIK NAIK |
RON95 | RM1.80 | RM1.85 | RM0.05 |
Diesel | RM1.70 | RM1.75 | RM0.05 |
Gas LPG | RM1.75 | RM1.85 | RM0.10 |
Gula | RM1.45 | RM1.70 | RM0.25 |
Minyak RON97 akan float ikut international market price (tetapi masih dikawal). Kalau tak kawal tobat tak laku kau. Setakat ini tak tahu lagi harga RON97 akan fluctuate macam mana. Setakat ni masih RM2.10.
Barang subsidi ni naik 5 sen saja, masalahnya, korang tunggu lah nanti barang-barang lain follow up macam mana. Yang paling femes... roti canai. Besok trai test beli roti canai tengok hehe.
kredit: myjazmanie.com
No comments:
Post a Comment