Wednesday, September 15, 2010

Posmen2u link exchange

Dear readers,



In starting business, we believe collaboration is the most fundamental element. Likewise, in blogging, for us to start alone is difficult unless we do collaboration. The most effective collaboration in blogging is by exchanging link.



For bloggers with higher Google PR, they come to a blog with selling attitude which we, bloggers with lower PR, must give them something to earn their blog space for our link. Some demand for money. Well, this blog has not generated any money for that purpose.



Therefore, here, I welcome everybody to exchange link with me. We write, we share. We share friends and from there we share our knowledge. And if you are serious in blogging, you have to take this seriously. I will try to reach your blogs and invite you here. But if you happen to be here before that, appreciate you can put your link in the comment box below. I will publish your link in the front page, and hoping you to link me back.



We are on the web, and well, you know, the 'web' is a structure that support each other. I support you, you support me. That's how we are going to do it.



Feel free to leave your link in my comment box, I will link you provided you link me back.



Thanks,

Posmen.








Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Berikut adalah petikan-petikan penting yang berjaya posmen cekau daripada Kosmo online. Kalau korang nak kerja sebagai Pengurus Blog dengan gaji RM2000 ~ RM10,000 sebulan, korang mesti baca dengan penuh hati-hati dan khusyuk tau.



Pertama;


"Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan."




Tips pertama adalah trafik. Blog tanpa trafik macam tahi tanpa bau, atau contoh lebih bersih adalah seperti plaza tol tanpa kenderaan lalu lalang. Justeru. Untuk buat duit, trafik mesti kencang. Banyak tips untuk raih trafik search saja dekat google, akan keluar blog-blog femes seperti Justkhai, Arifshah, Kujie, dan Denaihati untuk korang rujuk. Tips paling senang, dah terlanjur korang join nuffnang, poslah entry berkenaan nuffnang banyak-banyak, tentu ramai klik nanti. 





Contoh tajuk sesuai:





Buffered Earning lagi!


Cek kedua nuffnang dah sampai! Yey!


Trafik Nuffnang untuk bulan ini.


Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!





Dan pelbagai lagi tajuk-tajuk yang popular untuk anda pilih. 





Berkenaan buffered earning (BE), berdasarkan pengalaman posmen, bukanlah masuk BE kerana trafik tinggi. Tinggi trafik dapat BE, trafik takdak tak dapat BE. Secara praktikal tak kot. Sebab ada blog posmen yang ciput pun berderet masuk BE yang jana dua tiga posen sekali kempen. BE ini kelihatan seperti spider search engine saja yang masuk berdasarkan keywords and kriteria blog. Selebihnya, tugas kita untuk jana trafik agar BE punya impression and CTR tinggi.








Kedua;

"Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.





Be unique! Itulah short term nya. Apa main tiru-tiru, cuba kalau Power Rangers tiru costume Ultraman agak-agak Power Rangers itu akan femes sampai sekarang tidak?





Jadi, untuk jadi blogger berjaya, korang mestilah unik. Punya gaya olahan bahasa sendiri, tak perlu nak tiru-tiru blogger yang dah femes dengan cara mereka. 





Ingat, hanya yang unik saja akan berjaya terbang tinggi mengalahkan yang biasa-biasa.








Ketiga;

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.





Rasanya ramai aje posmen tengok blog yang wujud cuma untuk cari duit mudah. Taklah mudah, kecuali mereka rasa mudah untuk copy paste kerja orang. Posmen copy paste daripada email yo, penat yo, susah yo! Demi korang, posmen buat juga. Yang tipu tu yang tak best, cilok hasil kerja orang publish atas nama sendiri. Mungkin dapat juga duit, tetapi tak ke mana sebab lama-lama orang akan kenal kaki original dengan kaki tiru kaki busuk penuh cekam.





Tujuan berblog mestilah dengan tujuan murni. Bukan untuk sebar fitnah, bukan untuk buat kurang ajar dekat internet mentang-mentang identiti korang anonymous. Bila niat kita baik, berblog untuk berkongsi maklumat, untuk kongsi lawak, untuk hiburkan orang, mestilah orang akan suka. Kan?








Keempat;


Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.





Sentiasalah update. Apa barang kerja sebagai Pengurus Blog kalau blog bersawang seminggu tak update-update. Sekurang-kurangnya 1 pos sehari. Jangan pula banyak sangat, sejam sekali ke sebab takut google cop korang sebagai spam pulak nanti.





Okeylah, itu saja dari posmen untuk kali ini. Selamat menjadi blogger kaya ya! Korang tak perlu jadi kaya untuk jadi blogger, tetapi korang boleh jadi blogger untuk jadi kaya. Huhu.






Wednesday, August 25, 2010

Carefour Malaysia cakap 'Sini sudah tara boleh cari makan.'

Ada orang sebut k4, sebut betul-betul adalah ka-fu. Sebutan Perancis barangkali.



Posmen suka ke Carefour Subang, selain parking free yang mana selepas parking boleh menjalar ke Subang Parade, Carefour juga murah. Lagipun, Posmen dah kenal susun atur barang-barang dalam tu jadi tak perlu pening kepala nak selongkar satu-satu cari berus gigi.



Akan tetapi, mengejutkan apabila pasaraya besar dari Perancis itu akan keluar dari Malaysia, juga dari Singapore dan Thailand. Semua aset ini akan dipindahkan ke India, bersaing dengan Wal Mart India.



Ayoo... In Carefour eyes, we've loss to Indian capati maker.



Kalau dahulu India dikenali sebagai negara rasuah dan mempunyai gap yang sangat besar antara golongan kaya dan golongan merempat, kini Carefour telah mengesan di sana telah berlaku pengembangan populasi 'middle class' yang sangat aggresif. Posmen fikir mungkin kerana pertambahan mendadak golongan tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang telekomunikasi, pemprosesan makanan, textile, kimia juga IT.



Especially dalam bidang IT, posmen rasa India sedang leading.



Golongan middle class di India ini merupakan sejenis manusia yang kuat kerja dan kuat makan. Di antara 1.5 bilion populasi India, 350 juta adalah warga berpendapatan pertengahan seperti jurutera, doktor, peguam dan penebar roti canai yang mana mereka ini mempunyai selera kerbau dan juga kuasa shopping yang lebih gila babi berbanding rakyat 1Malaysia yang suka 'window shopping' sahaja. Mereka inilah yang membentuk satu 'potential market' yang cukup besar.



Nampaknya kita, Singapore dan Thailand telah ditewaskan India. Carefour pun dah nak cabut. Selepas ini pula siapa, Tesco? Jusco? Giant pun?



First branch Carefour akan buka di Seelampur, New Delhi bulan depan. Harap-harap Carefour tidak mengekalkan polisi parking free di sana kerana mereka cukup kaya untuk bayar parking, bolehlah Carefour buat side income di situ.



Sumber: The Star, Business TimesBernama, Livemint.






Ketam melayu VS ketam Cina

Ketam Melayu
& ketam Cina ada benarnya....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang
ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan
ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada
jual ka?  
 


Cina: Ada ...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?
 
 


Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu
dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu,
mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam
bekas ada tutup...ketam cina....... sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu
la....  

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu
apek tak kasi tutup?  

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor
keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari
bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi
semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?  
 


Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor
keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau
dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia
terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah
cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina
berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh
berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.


Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna
apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah
berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik
Lepas tu mula la bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar
sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini
supaya lebih competitive. Bukan semua nak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha
(EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata
Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai











from: email.