Wednesday, September 15, 2010

Posmen2u link exchange

Dear readers,



In starting business, we believe collaboration is the most fundamental element. Likewise, in blogging, for us to start alone is difficult unless we do collaboration. The most effective collaboration in blogging is by exchanging link.



For bloggers with higher Google PR, they come to a blog with selling attitude which we, bloggers with lower PR, must give them something to earn their blog space for our link. Some demand for money. Well, this blog has not generated any money for that purpose.



Therefore, here, I welcome everybody to exchange link with me. We write, we share. We share friends and from there we share our knowledge. And if you are serious in blogging, you have to take this seriously. I will try to reach your blogs and invite you here. But if you happen to be here before that, appreciate you can put your link in the comment box below. I will publish your link in the front page, and hoping you to link me back.



We are on the web, and well, you know, the 'web' is a structure that support each other. I support you, you support me. That's how we are going to do it.



Feel free to leave your link in my comment box, I will link you provided you link me back.



Thanks,

Posmen.








Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!

Berikut adalah petikan-petikan penting yang berjaya posmen cekau daripada Kosmo online. Kalau korang nak kerja sebagai Pengurus Blog dengan gaji RM2000 ~ RM10,000 sebulan, korang mesti baca dengan penuh hati-hati dan khusyuk tau.



Pertama;


"Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan."




Tips pertama adalah trafik. Blog tanpa trafik macam tahi tanpa bau, atau contoh lebih bersih adalah seperti plaza tol tanpa kenderaan lalu lalang. Justeru. Untuk buat duit, trafik mesti kencang. Banyak tips untuk raih trafik search saja dekat google, akan keluar blog-blog femes seperti Justkhai, Arifshah, Kujie, dan Denaihati untuk korang rujuk. Tips paling senang, dah terlanjur korang join nuffnang, poslah entry berkenaan nuffnang banyak-banyak, tentu ramai klik nanti. 





Contoh tajuk sesuai:





Buffered Earning lagi!


Cek kedua nuffnang dah sampai! Yey!


Trafik Nuffnang untuk bulan ini.


Tips berjaya dengan Nuffnang spesial dari Kosmo!





Dan pelbagai lagi tajuk-tajuk yang popular untuk anda pilih. 





Berkenaan buffered earning (BE), berdasarkan pengalaman posmen, bukanlah masuk BE kerana trafik tinggi. Tinggi trafik dapat BE, trafik takdak tak dapat BE. Secara praktikal tak kot. Sebab ada blog posmen yang ciput pun berderet masuk BE yang jana dua tiga posen sekali kempen. BE ini kelihatan seperti spider search engine saja yang masuk berdasarkan keywords and kriteria blog. Selebihnya, tugas kita untuk jana trafik agar BE punya impression and CTR tinggi.








Kedua;

"Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.





Be unique! Itulah short term nya. Apa main tiru-tiru, cuba kalau Power Rangers tiru costume Ultraman agak-agak Power Rangers itu akan femes sampai sekarang tidak?





Jadi, untuk jadi blogger berjaya, korang mestilah unik. Punya gaya olahan bahasa sendiri, tak perlu nak tiru-tiru blogger yang dah femes dengan cara mereka. 





Ingat, hanya yang unik saja akan berjaya terbang tinggi mengalahkan yang biasa-biasa.








Ketiga;

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.





Rasanya ramai aje posmen tengok blog yang wujud cuma untuk cari duit mudah. Taklah mudah, kecuali mereka rasa mudah untuk copy paste kerja orang. Posmen copy paste daripada email yo, penat yo, susah yo! Demi korang, posmen buat juga. Yang tipu tu yang tak best, cilok hasil kerja orang publish atas nama sendiri. Mungkin dapat juga duit, tetapi tak ke mana sebab lama-lama orang akan kenal kaki original dengan kaki tiru kaki busuk penuh cekam.





Tujuan berblog mestilah dengan tujuan murni. Bukan untuk sebar fitnah, bukan untuk buat kurang ajar dekat internet mentang-mentang identiti korang anonymous. Bila niat kita baik, berblog untuk berkongsi maklumat, untuk kongsi lawak, untuk hiburkan orang, mestilah orang akan suka. Kan?








Keempat;


Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.





Sentiasalah update. Apa barang kerja sebagai Pengurus Blog kalau blog bersawang seminggu tak update-update. Sekurang-kurangnya 1 pos sehari. Jangan pula banyak sangat, sejam sekali ke sebab takut google cop korang sebagai spam pulak nanti.





Okeylah, itu saja dari posmen untuk kali ini. Selamat menjadi blogger kaya ya! Korang tak perlu jadi kaya untuk jadi blogger, tetapi korang boleh jadi blogger untuk jadi kaya. Huhu.